Saturday

Saya bukanlah seorang guru yang terbaik...

Kebelakangan ini, ramai yang menimbulkan isu tentang murid-murid yang pergi kelas masakan, kemudian mereka membuat kelas pula dengan yuran yang lebih murah daripada sifu..

Ada juga yang menimbulkan isu tentang kepakaran masing-masing.. Si polan tidak layak.. si anu tidak layak kerana ilmu masih cetek.. Entahla.. saya tidak mahu komen lebih-lebih tentang hal ini. Bagi saya ilmu itu hak ALLAH,pada siapa & dengan siapa mereka hendak berkongsi, terpulanglah kepada masing-masing selagi ilmu itu diperolehi & disalurkan dengan cara yang halal.

Saya pula?
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam pembuatan roti.. dan saya juga bukanlah seorang yang pakar dalam mengajar maruku..
Walau bagaimana pun saya gembira bila anak murid saya telah berjaya mempraktiskan ilmu yang saya telah kongsi, & mereka mampu untuk menjana pendapatan yang lebih. Alhamdulillah.. itulah matlamat saya.
Mengajar sekadar yang saya mampu..

MAR- Moga ALLAH redha :)

Gambar sekadar hiasan. Credited to thestar.com

No comments:

Post a Comment