Sunday

PULL OUT MONEY CAKE JOHOR BAHRU

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan pull out money cake? Alaaaa.. yang kek tarik-tarik keluar duit tuu..
Haaa tu laa..
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH untuk siapkan kek keluar duit tu oleh salah seorang customer saya, Sue. Terima kasih banyak-banyak Sue, atas kepercayaan yang diberi.

Kek bertema Supreme ini khas untuk meraikan hari lahir anaknya yang ke 13 tahun. Didoakan menjadi anak yang menyejukkan hati ibu ayah serta berjaya dunia & akhirat. Aameen..



Nak lagi contoh-contoh pull out money cake? Jom follow instagram: @usratidelights
atau boleh whatsapp Pn Akma 012-7114406 (Bandar Baru Kangkar Pulai).
Tempahan awal sahaja ye :)

Saturday

PULUT KUNING FLORA JOHOR BAHRU

Pulut kuning flora la pulakkk hehheh..
Meh tengok..


Bagi yang inginkan sedikit sentuhan moden pada pulut kuning mereka, kami turut menyediakan pulut flora, iaitu hiasan bunga-bungaan yang diperbuat daripada pes kentang. Nampak macam bunga buttercream yang manis tu kan? Tapi sebenarnya bukannn. Sesuai untuk birthday, hantaran, perkahwinan atau apa saja majlis sekali pun.

Nak order? Whatsapp segera pada Puan Akma: 012-7114406 (Johor Bahru)

Friday

KEK MONOGRAM DI JB (JOHOR BAHRU)

Assalamualaikum..

Disana sini ramai yang menyebut tentang kek monogram ni. Terpinga-pinga juga mulanya saya. Hasil carian google, dan juga hasil carian ilmiah rakan-rakan seperjuangan, barulah tahu rupanya gambar-gambar kek monogram yang tersebar itu adalah dari seorang baker luar negara. Cuma, beliau tidak menggunakan kek tetapi menggunakan sejenis biskut. Ape pun, deconya sangat cantik & mula jadi perhatian di negara kita pula.

Awalnya, saya agak keberatan untuk membuat kek monogram ini apabila diminta oleh salah seorang pelanggan saya bernama Lyn. Bukannya apa.. masih belum rasa yakin hehhe.. Namun, beliau tidak kisah jika saya tidak berkesempatan, beliau ok sahaja jika saya buat design kek yang lain.

Setelah ditelek-telek, ditenung-tenung, akhirnya saya buat keputusan untuk mencubanya. Hasilnya.. beginilah...

Untuk kek di atas ini, saya menggunakan adunan choc moist cake, cuma saya tidak menggunakan serbuk koko. Krimnya pula saya gunakan adunan cheese cream. 

Lagi contoh-contoh kek monogram
Kek Monogram D


Kek monogram E

Kek monogram love untuk hantaran

Kek monogram no 7

Kek red velvet monogram untuk majlis pertunangan


Bagi yang berminat untuk menempah kek seperti ini, boleh whatsapp Puan Akma: 012-7114406. Tempahan awal sahaja ye.  Lokasi Bandar Baru Kangkar Pulai Johor
Jom follow kami di instagram : usratidelights