Monday

Kek Running Man

Running Man?? Apa tu?
Bagi generasi X macam saya ni, mungkin agak berkerut dahi mendengarnya..
Tapi mujurlah saya pernah melihat status-status yang diupload di wall FB berkenaan Running Man ini.

Jadi, inilah kek coklat moist Running Man permintaan anak dara kpd sahabat sekelas saya semasa menuntut di MRSM dulu.. Desig dibuat oleh ayahnya sendiri.
 Alahaii.. dulu kami sama-sama remaja, sekarang kami sama-sama belajar memahami karenah anak yang kian meningkat remaja. Moga ALLAH permudahkan semua urusan kami & juga ibubapa di luar sana.

Apa pun, Selamat Hari Lahir Balqis! ^_^


Saturday

Saya bukanlah seorang guru yang terbaik...

Kebelakangan ini, ramai yang menimbulkan isu tentang murid-murid yang pergi kelas masakan, kemudian mereka membuat kelas pula dengan yuran yang lebih murah daripada sifu..

Ada juga yang menimbulkan isu tentang kepakaran masing-masing.. Si polan tidak layak.. si anu tidak layak kerana ilmu masih cetek.. Entahla.. saya tidak mahu komen lebih-lebih tentang hal ini. Bagi saya ilmu itu hak ALLAH,pada siapa & dengan siapa mereka hendak berkongsi, terpulanglah kepada masing-masing selagi ilmu itu diperolehi & disalurkan dengan cara yang halal.

Saya pula?
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam pembuatan roti.. dan saya juga bukanlah seorang yang pakar dalam mengajar maruku..
Walau bagaimana pun saya gembira bila anak murid saya telah berjaya mempraktiskan ilmu yang saya telah kongsi, & mereka mampu untuk menjana pendapatan yang lebih. Alhamdulillah.. itulah matlamat saya.
Mengajar sekadar yang saya mampu..

MAR- Moga ALLAH redha :)

Gambar sekadar hiasan. Credited to thestar.com

Friday

Muffin Chip Coklat

Ini merupakan projek anak dara kesayangan kami yang berumur 10 tahun.
Muffin Chomel: Muffin Chip Coklat Chomel kata beliau ^_^

Muffin Chip Coklat Chomel

Tukang timbang bahan: Anakanda puteri
Tukang ajar & tukang tengok: Bonda
Tukang bancuh bahan: Anakanda puteri
Tukang panaskan oven & tukang bakar: Bonda
Tukang isi dalam acuan: Anakanda puteri
Tukang rasa & tukang ambil gambar: Bonda heheh
Ulasan: yummehhh penuh rasa coklat!!

 Dibuka untuk tempahan bagi yang berminat. RM1/ pc (min order 40 pcs)

Hubungi puan bondanya : 012-7114406 (Skudai)