Wednesday

Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Assalamualaikum..
Sudah lama benar saya tidak update blog ini akibat kesuntukan masa. Namun terima kasih juga kerana masih ada yang sudi menjengah masuk ke sini. Alhamdulillah..

Kenapa hari ini tajuk entry berkaitan buku pula ye?
Sebab ia ada kaitan dengan rezeki.. dan perniagaan saya juga adalah rezeki. Semua yang saya ada, adalah rezeki.. blog ini juga rezeki saya.. Syukur Alhamdulillah..

Bagi mereka yang pernah membaca serta mempraktikkan segala ilmu dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki, pasti sudah tahu & sudah maklum tentang betapa hebatnya amalan-amalan kita terhadap Allah, mampu untuk menjemput rezeki secara mudah dalam hidup kita ini.




Andai rezeki kita sempit, masalah datang bertimpa-timpa, muhasabah diri, dan cuba semak kembali bagaimana hubungan kita dengan ALLAH, bagaimana hubungan kita dengan ahli keluarga, bagaimana hubungan kita dengan insan yang lain..semuanya berkait rapat.. kerana hidup ini bukan untuk kita seorang..

Dan kini, Alhamdulillah telah muncul pula buku "Mudahnya Menjemput Rezeki 2" hasil buah tangan Tuan Fathuri Salehuddin. Kali ini lebih kepada mengenal Tuhan yang memberi rezeki itu. Kadangkala kita rasa sudah cukup kenal, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Masih banyak yang kita tidak tahu. Bagaimana kita mahu meminta sedangkan pencipta-NYA pun kita belum betul-betul kenal. Tuan Fathuri juga masih mengekalkan konsep penceritaan pengalaman beliau sepanjang menghasilkan buku ini serta beberapa kutipan pengalaman berharga dari pembaca yang sudah mengamalkan segala tips serta tunjuk ajar dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.



Berminat untuk sama-sama menjemput rezeki?
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 berharga RM20 sahaja.
Poslaju Semenanjung RM8 manakala Sabah Sarawak RM11.
Boleh hubungi saya/ whatsapp 012-7114406.

Selamat menjemput rezeki