Sunday

Kek Perkahwinan Johor






Tempahan Red Velvet Cake & baked macaroni cheese

Ni adalah entry tertangguh..



Red velvet cake & juga baked macaroni cheese, hadiah buat staff BBQ CHICKEN AEON Bukit Indah, Johor dari boss mereka yang sangat prihatin.Sempena Hari Pekerja 2014. Terima kasih banyak-banyak diucapkan pada Cik Nurhanani ^_^

Bagi penduduk Johor yang tercari-cari ayam BBQ ala-ala resepi Korea, bolehlah berkunjung ke BBQ Chicken AEON Bukit Indah, Johor. Restorannya berdepan saja dengan restoran KFC. Memang sedap.. Usrati Delights sudah beberapa kali makan di sana, sungguh tidak mengecewakan!
Sungguh, sebelum berkenalan dengan tuan empunya restoran, kami menyangka restoran tersebut bukan milik bumiputra, namun ternyata kami silap. Tuan empunyanya adalah seorang wanita Melayu, muslim, anak muda yang berjiwa kental. Selamat maju jaya buat beliau & teamnya..

Outlets | BBQ CHICKEN
Bukit Indah Lot G16,
AEON Bukit Indah Shopping Centre,
Jalan Indah 15/2, Bukit Indah,
Johor Bahru
Tel: (607)- 237 6722







Tuesday

Tempahan red velvet cake


Alhamdulillah.. tempahan red velvet cake dari Kedai Muslim Hasanah sempena ulangtahun mereka yang ke-3. Didoakan mereka terus maju demi ekonomi muslim.

Ingin menempah kek? Hubungi Puan Akma 012-7114406

Pada mereka yang tercari-cari kedai menjual produk-produk muslim, boleh temui Kedai Muslim Hasanah di:

HASANAH MUSLIM SHOP
No. 48, Tingkat Bawah,
Jalan Enau 15,Taman Teratai,
81110 Kangkar Pulai, Johor

Facebook: Hasanah Muslim Shop (Page)



Friday

BRIMM BROUNEE ---> Brownies yang super yummeh!!


Hahh?? BRIMM? BRIMM BROUNEE?? Ape pulak tuuu.. BRIM.. Macam bantuan rakyat 1 Malaysia jeee heheheh

Bukan.. bukan.. tu bukan bantuan rakyat 1 Malaysia.. tapi ni memang untuk rakyat yang suka makanan yang sedap, penuh rasa coklat tapi dalam masa yang sama kemanisannye tidak melampaui batas hingga menyakitkan gigi..

Itulah BRIMM BROUNEE.. brownies coklat yang sedap.. Makan sekali pastii nak lagi..
Harga RM8.00 sahaja

Hubungi Puan Akma: 012-7114406 (Lokasi: Skudai)

Sunday

Mac N Cheeze (Macaroni Cheese Bakar)

Kami mempelawa individu yang berminat untuk menjadi agent macaroni cheese bakar (baked macaroni cheese) dengan syarat yang mudah:
1. Minimum order 12 packs


Sasaran jualan: kilang-kilang, premis-premis kerajaan, universiti/ kolej/ booth jualan dan lain-lain lagi.

Tidak perlu mengeluarkan produk, tidak perlu bersusah payah di dapur memasak dan sebagainya. Cari pelanggan dan kita saa-sama berkongsi keuntungan, In. ALLAH :)

Serius? Berminat? Hubungi Puan Akma 012-7114406 (tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum pengambilan)
Lokasi: Skudai

Monday

Kek Running Man

Running Man?? Apa tu?
Bagi generasi X macam saya ni, mungkin agak berkerut dahi mendengarnya..
Tapi mujurlah saya pernah melihat status-status yang diupload di wall FB berkenaan Running Man ini.

Jadi, inilah kek coklat moist Running Man permintaan anak dara kpd sahabat sekelas saya semasa menuntut di MRSM dulu.. Desig dibuat oleh ayahnya sendiri.
 Alahaii.. dulu kami sama-sama remaja, sekarang kami sama-sama belajar memahami karenah anak yang kian meningkat remaja. Moga ALLAH permudahkan semua urusan kami & juga ibubapa di luar sana.

Apa pun, Selamat Hari Lahir Balqis! ^_^


Saturday

Saya bukanlah seorang guru yang terbaik...

Kebelakangan ini, ramai yang menimbulkan isu tentang murid-murid yang pergi kelas masakan, kemudian mereka membuat kelas pula dengan yuran yang lebih murah daripada sifu..

Ada juga yang menimbulkan isu tentang kepakaran masing-masing.. Si polan tidak layak.. si anu tidak layak kerana ilmu masih cetek.. Entahla.. saya tidak mahu komen lebih-lebih tentang hal ini. Bagi saya ilmu itu hak ALLAH,pada siapa & dengan siapa mereka hendak berkongsi, terpulanglah kepada masing-masing selagi ilmu itu diperolehi & disalurkan dengan cara yang halal.

Saya pula?
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam pembuatan roti.. dan saya juga bukanlah seorang yang pakar dalam mengajar maruku..
Walau bagaimana pun saya gembira bila anak murid saya telah berjaya mempraktiskan ilmu yang saya telah kongsi, & mereka mampu untuk menjana pendapatan yang lebih. Alhamdulillah.. itulah matlamat saya.
Mengajar sekadar yang saya mampu..

MAR- Moga ALLAH redha :)

Gambar sekadar hiasan. Credited to thestar.com

Friday

Muffin Chip Coklat

Ini merupakan projek anak dara kesayangan kami yang berumur 10 tahun.
Muffin Chomel: Muffin Chip Coklat Chomel kata beliau ^_^

Muffin Chip Coklat Chomel

Tukang timbang bahan: Anakanda puteri
Tukang ajar & tukang tengok: Bonda
Tukang bancuh bahan: Anakanda puteri
Tukang panaskan oven & tukang bakar: Bonda
Tukang isi dalam acuan: Anakanda puteri
Tukang rasa & tukang ambil gambar: Bonda heheh
Ulasan: yummehhh penuh rasa coklat!!

 Dibuka untuk tempahan bagi yang berminat. RM1/ pc (min order 40 pcs)

Hubungi puan bondanya : 012-7114406 (Skudai)

Wednesday

Kek Jersi JDT


Kek Jersi JDT ini dibuat dari fondant, bersedia untuk tempahan.
Untuk meraikan hari lahir, sebagai hantaran, atau apa acara sekali pun.
Hubungi Puan Akma 012-7114406 
(Tempahan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh pengambilan)