Assalamualaikum..
Disana sini ramai yang menyebut tentang kek monogram ni. Terpinga-pinga juga mulanya saya. Hasil carian google, dan juga hasil carian ilmiah rakan-rakan seperjuangan, barulah tahu rupanya gambar-gambar kek monogram yang tersebar itu adalah dari seorang baker luar negara. Cuma, beliau tidak menggunakan kek tetapi menggunakan sejenis biskut. Ape pun, deconya sangat cantik & mula jadi perhatian di negara kita pula.
Awalnya, saya agak keberatan untuk membuat kek monogram ini apabila diminta oleh salah seorang pelanggan saya bernama Lyn. Bukannya apa.. masih belum rasa yakin hehhe.. Namun, beliau tidak kisah jika saya tidak berkesempatan, beliau ok sahaja jika saya buat design kek yang lain.
Setelah ditelek-telek, ditenung-tenung, akhirnya saya buat keputusan untuk mencubanya. Hasilnya.. beginilah...
Untuk kek di atas ini, saya menggunakan adunan choc moist cake, cuma saya tidak menggunakan serbuk koko. Krimnya pula saya gunakan adunan cheese cream.
Lagi contoh-contoh kek monogram
Kek Monogram D
Kek monogram E
Kek monogram love untuk hantaran
Kek monogram no 7
Kek red velvet monogram untuk majlis pertunangan
Bagi yang berminat untuk menempah kek seperti ini, boleh whatsapp Puan Akma: 012-7114406. Tempahan awal sahaja ye. Lokasi Bandar Baru Kangkar Pulai Johor
Jom follow kami di instagram : usratidelights