Wednesday

KEK PANDAN LAYER JOHOR BAHRU

Macam mana ye kek pandan layer tu?

Terbayang tak? 

Kek berwarna hijau, dengan aroma daun pandan yang wangi, kek yang lembut, agar-agar yang lemak-lemak manis.. masuk ke dalam mulut sejuk-sejuk.. fuhh makan sambil pejam mata.. Nikmat Subhanalallah!

Tak perlu risau nak bagi mak, ayah, nenek, atok..malah kanak-kanak pun menyukainya. Kek pandan layer ni memang tak muak, tak manis sangat, just nice je kata orang kampung kami hehe














Boleh follow ig: @usratidelight atau wasap saja Pn Akma 012-7114406 (Lokasi Bandar Baru Kangkar Pulai Johor). Tempahan awal sahaja ye. 

Sunday

PULL OUT MONEY CAKE JOHOR BAHRU

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan pull out money cake? Alaaaa.. yang kek tarik-tarik keluar duit tuu..
Haaa tu laa..
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH untuk siapkan kek keluar duit tu oleh salah seorang customer saya, Sue. Terima kasih banyak-banyak Sue, atas kepercayaan yang diberi.

Kek bertema Supreme ini khas untuk meraikan hari lahir anaknya yang ke 13 tahun. Didoakan menjadi anak yang menyejukkan hati ibu ayah serta berjaya dunia & akhirat. Aameen..



Nak lagi contoh-contoh pull out money cake? Jom follow instagram: @usratidelights
atau boleh whatsapp Pn Akma 012-7114406 (Bandar Baru Kangkar Pulai).
Tempahan awal sahaja ye :)

Saturday

PULUT KUNING FLORA JOHOR BAHRU

Pulut kuning flora la pulakkk hehheh..
Meh tengok..


Bagi yang inginkan sedikit sentuhan moden pada pulut kuning mereka, kami turut menyediakan pulut flora, iaitu hiasan bunga-bungaan yang diperbuat daripada pes kentang. Nampak macam bunga buttercream yang manis tu kan? Tapi sebenarnya bukannn. Sesuai untuk birthday, hantaran, perkahwinan atau apa saja majlis sekali pun.

Nak order? Whatsapp segera pada Puan Akma: 012-7114406 (Johor Bahru)

Friday

KEK MONOGRAM DI JB (JOHOR BAHRU)

Assalamualaikum..

Disana sini ramai yang menyebut tentang kek monogram ni. Terpinga-pinga juga mulanya saya. Hasil carian google, dan juga hasil carian ilmiah rakan-rakan seperjuangan, barulah tahu rupanya gambar-gambar kek monogram yang tersebar itu adalah dari seorang baker luar negara. Cuma, beliau tidak menggunakan kek tetapi menggunakan sejenis biskut. Ape pun, deconya sangat cantik & mula jadi perhatian di negara kita pula.

Awalnya, saya agak keberatan untuk membuat kek monogram ini apabila diminta oleh salah seorang pelanggan saya bernama Lyn. Bukannya apa.. masih belum rasa yakin hehhe.. Namun, beliau tidak kisah jika saya tidak berkesempatan, beliau ok sahaja jika saya buat design kek yang lain.

Setelah ditelek-telek, ditenung-tenung, akhirnya saya buat keputusan untuk mencubanya. Hasilnya.. beginilah...

Untuk kek di atas ini, saya menggunakan adunan choc moist cake, cuma saya tidak menggunakan serbuk koko. Krimnya pula saya gunakan adunan cheese cream. 

Lagi contoh-contoh kek monogram
Kek Monogram D


Kek monogram E

Kek monogram love untuk hantaran

Kek monogram no 7

Kek red velvet monogram untuk majlis pertunangan


Bagi yang berminat untuk menempah kek seperti ini, boleh whatsapp Puan Akma: 012-7114406. Tempahan awal sahaja ye.  Lokasi Bandar Baru Kangkar Pulai Johor
Jom follow kami di instagram : usratidelights

Wednesday

Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Assalamualaikum..
Sudah lama benar saya tidak update blog ini akibat kesuntukan masa. Namun terima kasih juga kerana masih ada yang sudi menjengah masuk ke sini. Alhamdulillah..

Kenapa hari ini tajuk entry berkaitan buku pula ye?
Sebab ia ada kaitan dengan rezeki.. dan perniagaan saya juga adalah rezeki. Semua yang saya ada, adalah rezeki.. blog ini juga rezeki saya.. Syukur Alhamdulillah..

Bagi mereka yang pernah membaca serta mempraktikkan segala ilmu dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki, pasti sudah tahu & sudah maklum tentang betapa hebatnya amalan-amalan kita terhadap Allah, mampu untuk menjemput rezeki secara mudah dalam hidup kita ini.




Andai rezeki kita sempit, masalah datang bertimpa-timpa, muhasabah diri, dan cuba semak kembali bagaimana hubungan kita dengan ALLAH, bagaimana hubungan kita dengan ahli keluarga, bagaimana hubungan kita dengan insan yang lain..semuanya berkait rapat.. kerana hidup ini bukan untuk kita seorang..

Dan kini, Alhamdulillah telah muncul pula buku "Mudahnya Menjemput Rezeki 2" hasil buah tangan Tuan Fathuri Salehuddin. Kali ini lebih kepada mengenal Tuhan yang memberi rezeki itu. Kadangkala kita rasa sudah cukup kenal, tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Masih banyak yang kita tidak tahu. Bagaimana kita mahu meminta sedangkan pencipta-NYA pun kita belum betul-betul kenal. Tuan Fathuri juga masih mengekalkan konsep penceritaan pengalaman beliau sepanjang menghasilkan buku ini serta beberapa kutipan pengalaman berharga dari pembaca yang sudah mengamalkan segala tips serta tunjuk ajar dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.



Berminat untuk sama-sama menjemput rezeki?
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 berharga RM20 sahaja.
Poslaju Semenanjung RM8 manakala Sabah Sarawak RM11.
Boleh hubungi saya/ whatsapp 012-7114406.

Selamat menjemput rezeki

PULUT KUNING JOHOR BAHRU

Alhamdulillah .. kian mengorak langkah dalam menyediakan pulut kuning juga. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta para pelanggan yang dihormati kerena meletakkan kepercayaan kepada Usrati Delights.
Segala yang baik adalah dari ALLAH, dan yang kurang baik itu adalah dari kelemahan kami sendiri. Sebarang komen untuk penambahbaikan sangat kami alu-alukan.. Terima kasih :)























Jom follow kami di instagram: @usratidelights atau hubungi Puan Akma: 012-7114406

Tuesday

HADIAH HARI GURU: Buku mini Asmaul Husna


Masih tercari-cari hadiah hari guru yang sesuai?
Apa kata tahun ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna
Buku mini Asmaul Husna RM2.50 sahaja (beli 10 pcs= RM24)


99 Asmaul Husna Beserta maknanya


Doa-doa berkaitan Asmaul Husna


Fadhilat zikir & doa Asmaul Husna

Juga sesuai sebagai doorgift untuk majlis-majlis perkahwinan, majlis berendoi dan lain-lain lagi.

Harga: RM2.50/pc 
Beli 10 pcs = RM24 tidak termasuk pos
Hubungi Puan Akma: 012-7114406 (call/ sms/ whatsapp)